Isnin, 23 April 2012

Asco Meda Arnold X Vanda Merillii



Salam semua, wah da sampai pos dari Shiros petang hari Isnin ( 23.04.12 ), bertambah lagi koleksi orkdi Vanda saya nie... Tima kasih PosLajuuuuu.... Sejak akhir2 ni banyak saya beli orkid dari kawan2 kat semenanjung... kat sabah ni kurang sikit orkid2 nie... tu yang beli dari kawan2 kat sana... Vanda nie da mula kuar pucuk bunga... tak sabar nak tunggu bunganya mekar dalam rumah orkid saya nie...   


Khamis, 19 April 2012

Orkid SP


Dendrobium griffittianum  

Dendrobium chiloschita sweelimii

Wah, senangnya dalam hati jika orkid da tiba... hihihihi..... mana taknya yang ditunggu2 telah tiba. Petang tadi ke pos opis ambi kiriman orkid dari Kedah lg... wah dari jauh orkid ni datang... Tq kepada saudara Mohd Anuar Abd Halim ( Sifu orkid SP ni )... pos orkid pada Dir... next time beli kat dgn saudara Anuar nie... 

Rabu, 18 April 2012

Orkid Merpati



Tanpa disedari orkid merpati dah berbunga !!!!!... Alkisahnya semasa membelek bunga2 orkid kat rumah orkid terlihat orkid merpati nie da berbunga walaupun hanya sekuntum. Wahhhhh....puas hati. Hehehehe.... orkid merpati ni sebenarnya ambi cutting dari rumah ipar tahun lepas, kemudian tanam dalam pasu kecik guna sabut kelapa. Kalau selama ni hanya nampak orkid merpati kat dahan pokok dari jauh, kali ni dapat lihat dalam rumah orkid sendiri. Teruja sekali. Selepas ni nak alihkan ke pasu besar sikit supaya orkid merpati lebih subur dan lebat pokoknya...

Selasa, 17 April 2012

Orkid Hutan ( SP )





Salam semua. Hari Ahad minggu lepas (15.04.12) saya pi jalan2 kat nursery yang selalu saya kunjungi. Kali ni saya berkenaan dengan beberapa orkid hutan, hai da mula minat dengan orkid2 hutan nie (SP)....hihihihi.... kata orang orkid hutan ni bunganya unik... mmg ramai yang minat dengan orkid hutan ni. siap ada fb lg...wah hebat tul ni.... kali nie saya paparkan orkid hutan yang saya dapat beli... layan ye...

Ahad, 8 April 2012

Orkid Harimau


Salam... hari ni berkesempatan pergi ke rumah kakak sebab nak hantar baja orkid  yang dia suruh belikan kat bandar. Sambil-sambil tu balik nanti nak bawah Orkid Harimau. Wahhh, da hidup orkid nie... Kena le sabar tunggu orkid ni besar dan berbunga. Sabar yeeeee....

Sabtu, 7 April 2012

Dendrobium Capituliflorum (SP)





Petang tadi singgah kat nurseri bunga. Nampak orkid hutan ni Dir beli... Buat koleksi....

Khamis, 5 April 2012

April Bloom





Salam semua, kali ni Dir upload 4 keping gambar orkid Dir yang mekar di bulan April nie. Wahhhhh, galak berbunga kali nie. Suka sangattttttt. Dapat tengok bunga2 orkid nie mekar sejuk mata memandang dan tenang fikiran dibuatnya. Alhamdulillah...


Isnin, 2 April 2012

Beli & Free...



Dendrobium Anosmum ( beli )


Orkid Pinang ( beli )


Dendrobium hibrid ( dapat free pemberian dari rakan ) 

Sukaaaaaaaaaa..... heheheh..... wah bertambah lagi koleksi orkid Dir...