Sabtu, 25 Februari 2012

Orkid Vanda Ke 2 & Nurseri Orkid



Hari nie memang palin nak ke nurseri orkid tempat yang selalu saya kunjungi selama nie. Sama ada nak tengok2 bunga orkid ataupun bunga2 lain. Hehehe... Sampai kat nurseri round2 tengok bunga yang ada kat ctu. Hari nie tergoda nak beli Vanda yang da berbunga, vanda berbunga Unggu. Sebelum ni beli Vanda yang x ada bunga lagi. Nie merupakan Vanda ke 2 saya dalam koleksi.


Ni dia nurseri orkid yang selalu saya singgah tengok2 orkid. Selalu singgah, baru kali ni teringat nak shoot pic nak masukkan dalam blog. Shot pakai hp je sb tak bawa camera. 3 org yang dalam pic ni merupakan pekerja kat nurseri ni. 


Jumaat, 24 Februari 2012

Beli Orkid Lagi



Baru sempat nak upload news psl orkid saya nie. Petang kelmarin 24.02.12 ( Jumaat ) saya baru terima orkid yang saya pesan dari seorg rakan di semenanjung. Wah dari jauh orkid saya nie datang. Hehehe... Ada 3 jenis semuanya, orkid cattleya, doritis dan Coelogne rochussenii. Bertambah lagi la koleksi orkid saya nie. Tak lupa terima kasih pada Pos Laju yang telah membawa kiriman orkid saya nie dengan baik. Terima kasih...

Sabtu, 11 Februari 2012

My First Vanda 2012


Salam... Alkisahnya petang tadi masa balik dari bandar Sandakan, saya singgah sekejap kat nurseri bunga tempat yang saya selalu pi tengok2 bunga, terutamanya bunga orkid la. Hehehehe... Sampai ja kat nurseri bunga pekerja nurseri tu beritahu ada orkid Vanda baru sampai dari Tawau. Tengok dalam bakul memang betul berlonggok orkid Vanda. Cuma orkid Vanda tu kena tanam balik la kat rumah sebab da di cutting dari pangkal akarnya. Hmmmmm... setelah difikir2 orkid Vanda nie belum ada lagi dalam koleksi kat rumah orkid saya tu yang terus beli. Lagi pun tauke kasi harga berpatutan. Maklumlah dompet da nk kering, hehehehe... Rasanya baik beli Vanda yang da kuar bunga tp memandangkan RM nya sepokok agak mahal saya bercadang nak beli Vanda yang tak ada kuar bunga lagi. Hmmmm... memang lambat sikit la nak dapat tengok bunga Vanda yang saya beli nie. Tak pe, saya tetap bersabar menanti. Kan sabar itu separuh daripada Iman... Sekurang-kurangnya saya dapat pengalaman sendiri jugak tanam dan jaga orkid Vanda nie. Hrp2 Vanda pertama saya dalam tahun 2012 nie hidup subur dan berbunga. Amin...  

Rabu, 8 Februari 2012

Mekar Berbunga...


Wahhhhh, suka hati melihat salah satu koleksi Orkid Pinang saya berbunga lebat. Orkid nie masa beli pada tahun lepas hanya ada dua tangkai bunga saja. Sekarang lebat pulak kuar bunga. Hmmmm... dah kena jaga elok2, tu yang rajin berbunga...  

Selasa, 7 Februari 2012

Orkid Free...



Hari nie dapat orkid free lagi. Dapat 2 cutting orkid Cattleya dan 2 orkid Oncidium. Orkid2 nie saya dapat dari kak Aisyah jiran lama dulu kat perumahan kilang Kuala Suan Lamba. Best klu ada kawan2 yg ada tanam bunga2 orkid nie. Bole dapat free orkid. Hehehe...  

Ahad, 5 Februari 2012

Mekar



Alkisahnya, pic pertama dua orkid yang saya upload ni, saya ada upload pada 1 Februari 2012 lalu. Masa tu masih tak mekar lg. Hmmmm... sekarang da mekar menampakkan kelopak bunganya... pic pertama tu bunganya warna unggu gelap, pic yang kedua kecik je kelopak bunganya, gabungan warna putih, unggu dan sedikit kuning. Kisah pic orkid ke dua saya nim pada mulanya saya beli secara cutting kat pasar tamu minggu. Ni first time kuar bunga sejak dari beli... puas hati kuar jugak bunga akhirnya...

Rawat orkid...


Orkid kat pic atas ni sebenarnya da lama tanam kat rumah emak. Hmmmmm... tapi terbiar tak terurus tu yang jadi mcm ni... daunnya kena makan oleh ulat. Sayang tengok mcm tu, orkid ni saya ambi dari rumah emak, hehehehe.... Bukan apa nak jaga semula kasi subur sampai kuar bunga. Kira kasi rawatan kat orkid nie... Hmmmmm... nampak gayanya kena beri masa sikit kat orkid nie hidup normal. Gambar terbaru akan saya upload setelah orkid ni berjaya saya rawat. Hehehe...

Rabu, 1 Februari 2012

Spike orkid lagi...


~ nie sepokok lagi orkid denrobium koleksi Dir mengeluarkan spike, da lama rehat agaknya orkid2 nie, tu yang da mula mengeluarkan spike bunga ~ 

Kembang mekar...



~ wahhh, dah nak kembang mekar dua orkid denrobium Dir bulan Februari nie... setiap petang balik dari opis ambi masa jengok kat rumah orkid, hehehe... ~